Paparan Iklan

Thursday, September 13, 2012

Tolong hentikan semua ni!!!

Tolonglah hentikan semua kata2 kamu!!! Mungkin niat kamu baik tapi bahasa yang kamu gunakan mengguris hati dan perasaan aku!!! Kamu sedar tak yang kamu sedang menghiris2 hati aku? Setiap patah perkataan yang kamu keluarkan, membuatkan aku sakit... 

Tuhan berikanlah aku kekuatan-MU tuhan... Berikanlah ketabahan-MU tuhan... Bantulah aku untuk menempuh saat2 ini... 

Izinkan aku bahagia untuk 2 bulan ni... Aku tidak mahu bergaduh lagi dengan kamu... Tolonglah!!! Toloanglah faham... Aku sayang kamu... 

Patutkah aku berterus terang dia kamu tentang perancangan aku? Perlukah aku jelaskan semuanya agar kamu dapat memahami aku untuk 2 bulan ni saja? 

"Tolonglah tahan sikit dengan kerenah aku yang degil ni... untuk 2 bulan je... Lepas tu kamu akan bebas, aku akan bebaskan kamu..." 

Patutkah aku cakap ini pada kamu agar kamu faham apa yang aku mahu dari kamu untuk 2 bulan ini? aku minta kamu tolonglah bertahan... Kamu berlakon juga aku tidak kisah asalkan aku mempunyai memori indah bersama kamu... Boleh kah kamu berlakon bahagia di depan aku? Mahukah kamu? Sudikah kamu?

aku akan pergi dari hidup kamu lepas itu dan pada waktu tu kamu bebas untuk mencari kebahagiaan mu... Aku dengan cara ku dan kamu dengan cara mu...

Haruskah aku berterang pada kamu agar kamu faham? 

Wednesday, September 12, 2012

Kau Yang Terindah...

Dalam menempuh kehidupan aku kadang kala tersungkur... Banyak perkara dan peristiwa yang aku lalui ketika ini... Namun begitu aku tidak akan sekali2 menyalahkan takdir... Setiap kejadian pasti akan ada hikmah disebaliknya...

Dalam percintaan, aku tidak pernah bertuah... Kebahagiaan biasanya akan muncul di tahun pertama perkenalan... Masuk tahun kedua dugaan makin banyak dugaan... dan biasanya tahun kedua adalah tahun keramat yang membuatkan aku bersedih... 

Kali ni, aku dapat rasakan yang masa tu sudah hampir tiba... Saban hari hati aku tidak tenteram... Aku benci dengan perasaan macam ni...

Aku juga bingung sama ada ini adalah kebetulan atau suratan... Setiap kali aku menyayangi seseorang itu, orang itu jugalah yang akan membuatkan aku menderita... Kejadian dan puncanya adalah sama... Kejadian serupa seperti percintaan aku yang lepas berulang kembali...

Aku pelik, jika mereka katakan sayang dan cinta kenapa mereka berlaku curang? Apa maknyanya cinta dan sayang dalam hidup mereka? 

Walau apapun berlaku, kenapa aku mudah memaafkan? Adakah aku bodoh atau sememangnya sayang aku melebihi benci kepada dia?

Disebabkan aku tidak mahu merasa kesakitan itu lagi, aku bertekad untuk membuat perhubungan yang mungkin hanya bertahan selama 2 atau 3 bulan ini sebagai memori terindah dalam hidup aku... Aku berjanji dengan diri aku, aku harus buang segala rasa curiga, dendam, marah dan cemburu aku pada dia... Aku mahu aku menjadi seorang kekasih yang naif dan ceria selalu agar kami tidak akan bergaduh lagi... Aku akan anggap yang dia tidak pernah berlaku curang terhadap aku... Aku akan percaya setiap alasan yang dia berikan walaupun mungkin dia menipu aku...

Kenapa aku nak buat semua ni? Jawapannya aku sendiri tidak pasti... Yang aku pasti aku mahu hubungan ni berakhir dengan memori indah... Aku mahu saat aku pergi meninggalkan dia, aku adalah wanita yang paling bahagia walaupun hanya sesaat... 

Aku sedar apa yang aku akan lakukan ini bukanlah benda yang mudah namun aku perlu lakukannya sekurang2nya demi diri aku sendiri... Aku nak merasakan kebahagiaan yang aku tidak pernah kecapi selama ni... 

Sekarang ni aku dan dia bekerja di bawah 1 bumbung yang sama... Sukar untuk aku meninggalkan dia jika aku sentiasa melihat dia di depan mata aku... Aku tau aku harus pergi dari sini supaya aku boleh lupakan dia dengan mudah... Aku berharap rezeki aku ditempat lain dalam 2 3 bulan ni... selepas itu aku akan pergi dari hidup dia...

Ketahuilah abang, 
saya lakukan semua ni bukan kerana saya bencikan abang... Tapi mungkin saya merasakan yang abang tidak bahagia dengan saya... Saya tidak mahu mengurung burung yang sepatutnya terbang bebas mencari kebahagiaan dia sendiri... Mungkin saya bukan wanita terbaik dalam hidup abang... Saya sedar siapa diri saya dan saya sangat berterima kasih dengan abang kerana abang sudi mengizinkan saya menumpang di bawah payung kasih sayang abang selama ini... Walaupun seketika namun saya cukup hargai segalanya... saya doakan yang abang akan temui kebahagiaan abang kelak... Terima kasih atas segala2nya... 
Senyum selalu sehingga tiba saat yang pasti nanti... sayang abang selamanya... :-)

KAU YANG TERINDAH (INTRO)

Duhai Tuhan,
Jika dengan melepaskan cintaku maka aku akan perolehi kewarasanku,
Maka biarlah aku jadi begini seumur hidup ku...

Duhai Tuhan,
Andai mampu aku meminta pada-MU saat ini, aku ingin tanah-Mu terbuka dan menelanku hidup2,
Atau halilintar keluar dari langit dan menyambarku hingga aku mati di hadapan-Mu tuhan...

Duhai Tuhan,
Meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku tanpa sebuah makna biarkanlah cintaku tumbuh,
Biarkanlah ia semakin merekah dan mekar meskipun aku telah layu dan mati...