Paparan Iklan

Saturday, September 21, 2013

Setahun Sudah Berlalu...

Assalamualaikum,

Setelah setahun aku biarkan blog aku ni senyap sunyi tanpa berita, kini aku kembali menekan keyboard untuk meluahkan perasaan.

Aku tak tahu kenapa tapi blog ni adalah salah satu diari rahsia aku... Segala keperitan, kelukaan, kesedihan dan kegembiraan aku nyatakan disini... Walaupun tidak sering aku jenguk blog ni tapi mungkin ini adalah tempat meluahkan perasaan yang terbaik bagi diri aku...

Sebelum meneruskan jari aku untuk menekan keyboard ni ari ni, aku luangkan sedikit masa untuk review semula semua post yang aku buat... Aku sedar hidup aku masih lagi tidak jauh berubah tetapi semakin baik walaupun tidak sebaik yang aku harapkan...

Malangnya aku bukan lagi aku yang dulu... Aku rasa aku sudah semakin jauh dan jauh dan jauh dibawa arus deras kehidupan... Dari sesuatu sudut kehidupan ia menjadi semakin baik tetapi dari sudut yang lain ia semakin jauh...

Wanita mudah jatuh hati... Aku adalah gologan itu... Aku mudah salah faham dengan layanan baik lelaki maka membuatkan aku sering terperangkap dengan jerat percintaan... Jerat yang sering melukai hati aku malah menghancurkan hati aku tanpa belas kasihan... 

Aku wanita kolot yang cuba menonjol di zaman yang semakin pesat mengikut budaya barat... Banyak ayat atau perkataan yang aku kadang2 kurang faham maksudnya... Aku faham english tetapi bukan "rojak english" terutamanya america english yang bahasanya entah lah aku pun tak tahu nak cakap apa... Aku juga wanita kolot yang tidak faham budaya "suckas", "fucker" and etc, sebagai sebahagian ayat yang aku akan selitkan dari pertuturan aku... Aku tidak pernah faham dan tidak mahu faham budaya ini... 

Aku cuma rasa yang aku perlu faham, di barat rapat antara lelaki dan perempuan tidak selalunya bermaksud melibatkan hati dan perasaan... Aku perlu belajar bahawa budaya mereka adalah open... Bila seorang lelaki itu sudah biasa bergaul dengan perempuan maka apa saja yang dia lakukan bukan bermaksud dia sayang atau cinta tapi cuma saja2...

Aku akui aku kurang pengalaman dengan lelaki... Aku pencinta setia... Bukan mahu berbangga diri tapi bagi aku sekiranya ada lelaki jujur mahu mendekati diri aku seikhlasnya, aku tak pernah kisah kaya miskin dia, aku tak pernah kisah paras rupa dia (tapi biarlah orang kata yang sedap mata memandang), tak pernah kisah masa silamnya... Aku cuma harap 1 saja tolonglah jujur... 

Apabila sudah ada satu yang aku hargai maka aku tidak akan mencari lain... Tidak memandang yang lain tetapi apabila aku setia maka hati aku akan terus dihancurkan... 

Aku bahagia melihat kawan2 yang telah mendirikan rumahtangga... Seronoknya mempunyai suami dan anak disisi... Terasa seperti dihargai... Naluri kewanitaan aku yang semakin meningkat dewasa semakin membara untuk mempunyai keluarga... Apakan daya aku, masih tiada jodoh... 

Masihkah ada cinta buat diriku?

Sekian...