Paparan Iklan

Friday, October 18, 2013


Termenung ku bercelaru,
Memikirkan cinta,

Di mana sebenar,

Namanya cinta...


Cinta? Aku telah terbiasa dengan perkataan "CINTA"... Tapi masih lagi tercari-cari insan yang boleh memenuhi ruangan kosong di celahan jari jemari aku...

Aku sering dipertemukan dengan orang yang salah... Tapi aku tetap percaya itu semua untuk mengajar aku supaya menjadi semakin kuat menghadapi erti hidup...

Buat masa ini, aku akui aku ada seseorang yang buatkan aku seperti ingin bercinta lagi tapi sesuatu menghalang aku dari meneruskan niat aku... Mungkin aku mahukan kepastian adakah ianya benar2 cinta atau sekadar perasaan kesunyian yang melanda diri aku ketika ini...

Aku cuma tak pasti sama ada semua perlakuan dia itu suatu petanda dia menunjukkan minatnya atau sememangnya kaum adam begitu... Ada jugak aku search kat internet tanda-tanda seorang lelaki yang menunjukkan minat pada kaum hawa... Kebanyakkan tanda2 yang dikongsi ada tapi tidak semua jadinya membuatkan aku ragui fakta tersebut...

Cuma sekarang ini aku fikir lebih baik kami berkawan... Tidak mahu kehilangan seorang kawan semata2 kerana perasaan aku yang tidak pernahnya stabil..

Apa yang boleh aku katakan, kami seolah-olah mempunyai chemistry diantara satu sama lain... Dia banyak beritahu aku apa yang dia minat, apa yang dia tak suka, dia bagitau aku apa impian dia, dia suka kongsi sesuatu dengan aku jika dia rasa itu sesuai dengan aku dan sesetengah perkara kami punya banyak persamaan... 

Aku selesa bersama dia buat masa ini... Banyak perkara yang boleh kami bincangkan sama ada berkaitan antara satu sama lain... Sedikit sebanyak aku punya satu perasaan halus yang wujud yang aku berharap dia punya rasa yang sama tetapi aku tidak mahu berharap...


Semoga kalian jumpa cinta sejati kalian... Aku? Aku masih lagi mencari... <3 p="">