Salahkah diri ini bergelar pengemis CINTA?
Ketika berusia 15 tahun aku telah melangkah keluar dari rumah ibu yang telah membesarkan aku sebaik mungkin… Dia bukan ibu kandungku tetapi kasih sayangnya tidak pernah kurang terhadap diriku… Ayah? Ayah angkatku telah lama meninggalkan kami berdua bersendirian sejak aku berusia 9 tahun… Ayah adalah cinta pertama ku! Aku sangat manja dengan Ayah! Perginya insan bergelar 'Ayah' ketika aku masih kecil membuatkan aku merasakan aku kurang kasih sayang seorang ayah… Aku cemburu akan kawan-kawan aku yang masih mempunyai ayah…
Ibu yang aku gelarkan 'Mak' itu bukanlah orang asing dalam hidupku… Dia merupakan adik kepada abah kandungku… Ya maknanya darah yang mengalir ditubuhku masih lagi darah yang sama dengan Mak… Kerana itu aku tidak canggung apabila mereka memberitahu aku bahawa aku adalah anak angkat mereka… Aku bangga! Aku punyai 2 ibu dan 2 ayah!
Semestinya aku lebih manja dengan keluarga yang membesarkan aku daripada keluarga aku sendiri… Aku mengenali adik-beradikku! Semuanya… Malah sekiranya terdapat kenduri kami sekeluarga akan berkumpul namun kasih sayang mereka berbeza kerna aku bukan selalu bersama dengan kelompok mereka… Terasing? Perkataan itu tidak pernah lekang dari hidup aku… Semestinya aku merasakan diri ini terasing daripada adik-beradik sendiri meskipun setiap kali cuti sekolah aku akan pulang ke kampung dan duduk bersama mereka atas keiizinan Ayah dan Mak aku disini…
Apabila ayah pergi meninggalkan aku dengan mak, mak berusaha untuk memberikan nafkah kepadaku… Aku masih lagi teringat bagaimana permandangan seorang ibu yang bertungkus lumus untuk membesarkan anak yang bukan lahir dari rahimnya sendiri… Besar pengorbanan seorang ibu itu terhadap anak ini… Sedih memang sedih tetapi hati remaja ketika itu tidak mengerti apa makna pengorbanan seorang ibu… Yang aku pentingkan hanya keperluan diri yang sering meminta-minta tanpa peduli akan kesusahan yang mak hadapi…
Aku telah terbiasa dengan arwah ayah! Ayah tidak pernah tidak memberikan apa sahaja kehendak aku… Memang aku anak manja! Ayah tidak pernah menjentik aku! tapi mak lebih berdisiplin dalam memberikan pendidikan pada anak… Ayah lebih lembut dalam mendidik… Mugnkin kerna tidak punya anak sendiri membuatkan dia tidak mahu anak yang dijaga dari bayi itu lari pergi meninggalkan dirinya… Apakan daya diriku melawan takdir dan kehendak Maha Pencipta apabila ayah diambilnya kembali ke sisi-Nya tanpa sempat aku berbakti pada dia…
Sejak itu, aku menjadi pengemis cinta seorang lelaki! Aku perlukan perhatian dan kasih sayang dari makhluk Allah bergelar lelaki! Tidak kira sebagai seorang Ayah, Abang, Kawan atau Kekasih…
Kini aku masih lagi Pengemis Cinta!