Paparan Iklan

Monday, April 14, 2014

Karya Ramlee Awang Murshid! Siri Laksamana Sunan!

Laksaman Sunan! Cinta Sejati Ratna Ratu Sulaman! Pendekar Agung!



Aku mengikuti siri novel kisah pendekar agung yang merendah diri sebagai hamba Allah! Handal dirinya hanya tunduk pada kekuasaan Allah yang Maha Agung! Seluruh hidupnya diabadikan pada Pencipta Agung!

Penglibatan aku terhadap novel siri thriller ini adalah secara tidak sengaja pada tahun ibu ku di masukkan ke hospital kerana kencing manis. Aku tertarik dengan tajuk "Bagaikan Puteri". Aku seolah2 terpanggil untuk menghayati kandungan novel tersebut. Ternyata aku amat tertarik dengan jalan ceritanya... 

Semenjak itu aku mengikuti siri novel thriller ini! Aku pasti akan mendapatkan naskah sebaik sahaja mengetahui siri terbaru nya telah pun keluar di pasaran! Aku sangat kagum dengan kesabaran, ketaqwaan Laksamana Sunan/Saifuddin. Dalam kesusahannya dia sering berserah diri kepada Allah. 

Selain itu, novel ini banyak mengajar aku erti kesabaran jugak banyak petikan ayat Al-Quran yang akan menyerap ke sanubari aku... Dalam siri ini ada masa ia membuat aku terfikir manusia itu memang mudah terhasut oleh bisikan Syaitan Laknatullah sekiranya kita leka...



Sunan Musafir adalah pengakhiran bagi novel bersiri ini... Aku akui aku sedih siri ini sudah berakhir tetapi benar kata Ramlee Awang Murshid, setiap yang bermula itu pasti akan berakhir... Tetapi aku tetap gembira kerana pengakhirannya memberikan senyuman dalam diri aku...

Dan kini untuk melepaskan rindu pada siri novel ini aku mendapatkan senaskah lagi karya Ramlee Awang Murshid berjudul "Magis". Watak Sunan tetap berada dalam hati... Aku kenal watak Mikail, Mikail juga antara watak yang aku kagumi... 


Buku ini telah aku baca separuh... Tidak sabar menantikan pengakhirannya...




No comments: