Paparan Iklan

Friday, July 8, 2011

Minta maaf Dato' Siti...

Bertemu kembali,

Semalam terdengar satu ceramah masa pergi 'uptown' sekitar Selangor ni... Tengah jalan2, tiba2 cik abang aku kata nak urut kaki kat orang buta yang selalu dia pergi tu... Jadi terpaksalah aku menunggu sehingga dia habis berurut... Kawasan berdekatan tempat urut tu ada sebuah gerai menjual bahan2 agama... Pekedai itu  membuka ceramah yang tajuknya aku tidak pasti... Tapi salah satu isinya berkisar tentang kehidupan seharian... Aku tertarik dengan beberapa topik yang diketengahkan iaitu :

1) Tentang penutupan aurat bagi kanak-kanak bawah 7 tahun (terutama sekali perempuan)... huraiannya...
  • Terjadi satu kes pada ustaz itu, 'Ada ke patut, anak ustaz tidak pakai tudung' Berkata seorang mak cik kepada anak ustaz itu yang baru sahaja berumur 3 tahun... Ustaz itu menerangkan apakah keburukkan dan kebaikan apabila kanak2 kecil sudah diajar untuk menutup aurat tanpa kerelaan kanak2 itu sendiri... Kemudian ustaz itu memberikan beberapa contoh melalui pengalamannya... Salah satunya seperti dibawah...
  • Pernah terjadi satu peristiwa di Ipoh (nampaknya ustaz ini berasal dari perak dari segi pertuturan atau loghat dia), mak cik ini telah mengajar anak perempuannya menutup aurat sejak dari kecil lagi... Apabila dewasanya anak itu tadi dan berkahwin, anak itu masih lagi menutup aurat dan menjaga maruahnya... Tetapi langit tidak selalunya cerah... Perkahwinan yang diharapkan berkekalan akhirnya hancur di tengah jalan... Apabila penceraian berlaku, anak perempuan ini tadi merantau ke Kuala Lumpur mencari nafkah untuk dirinya (anak ada atau tidak aku tidak pasti)... Tapi setelah beberapa lama berada di Kuala Lumpur, mak dia datang melawat... Apa yang memeranjatkan si ibu ialah semua pakaian dalam almari anak dia sudah tiada lagi tudung dan baju kurung... semuanya yang ada hanyala kain yang pendek dan singkat semata-mata... apabila ditanya dengan lantang anak perempuan itu menjawab 'Dari kecil lagi asyik tutup aurat saja! Saya nak juga rasa macam mana nak berfesyen macam ni!' Jawapan yang tidak di sangka2...
  • Tujuannya disini bukan untuk mengaibkan sesiapa dan bukan menyatakan bahawa jangan mengajar anak menutup aurat tetapi untuk mengatakan bahawa ada baik dan buruknya apabila sesuatu itu diajarkan apabila belum tiba waktunya... Budak2 masih lagi perlu belajar untuk mengenal dunia... Jadi mereka perlu selesa untuk melakukan itu... Apabila tiba masanya, ajarlah anak itu menutup aurat... 7 tahun Allah bagi masa untuk mereka... 
2) Tentang Jangan mengata orang... Nanti kena batang hidung sendiri... Huraiannya...
  • Apabila ada sesuatu yang berlaku dan kita tidak menyenanginya, pertama jangan terus menghina dan mengutuk! Nyatakannya dalam hati sahaja... Ini untuk mengelak dari bahaya... Contoh yang ustaz itu berikan adalah seperti bibawah...
  • Andai kita tidak suka melihat mat rempit, atau bohsia atau bohjan, sekiranya kita sudah berkahwin dan mempunyai anak jadinya jagalah pertuturan kita! Sekiranya kita kutuk mereka ini, Ingat yang kita mempunyai anak lelaki dan perempuan! Dikhuatiri anak kita menjadi lebih teruk dari orang yang kita kutuk tadi...
  • Andai kata jiran sebelah bercerai, kita kutuk dia macam2 terutamanya kepada jandanya... Isterinya jahatlah atau suaminya tidak bertanggungjawablah atau apa saja kutukan, sila jangan lakukan! Senyap! Jangan menilai sesuatu! Nampak perkara buruk, anak dia seksi konon ibubapa tak reti ajar, jangan cakap! Senyap! Istighfar banyak2! Bimbang nanti berbalik kepada kita... Berbalik pada anak2 kita...
  • Jadi pengajarannya, sekiranya kita tidak suka dan tidak mampu untuk menegur kerana membahayakan keselamatan diri atau khuatiri sesuatu yang buruk berlaku, tidak mengapa hanya sekadar membenci di dalam hati... 

Begitulah sedikit sebanyak yang aku dapat isi ceramah tersebut sepanjang berada disitu lebih kurang dalam masa 1 jam... Apapun ceramahnya santai dan berkesan... Isinya ringan dan mudah difahami... Bahasa tidak kasar dan tegas... Minta maaf aku tidak tahu nama penceramah tersebut... Hanya mendengar suaranya sahaja...

Dengan itu, secara rasmi aku mahu memohon jutaan kemaafan kepada Dato' Siti Nurhaliza... kenapa? Kerana dahulunya aku pernah mengutuk keputusan beliau untuk mendirikan rumahtangga bersama2 dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa... Aku katakan Dato' Siti tidak sepadan dengan orang tua dan sebagainya... Tetapi kini aku faham kenapa Dato' Siti menerima jodohnya, kerana apa yang aku mengata tentang Dato' Siti telah terkena batang hidung aku sendiri! Jujur aku katakan pada awalnya aku sememang menolak orang yang hadir dalam hidup aku sekarang... Ah! Tak akan aku nak berkawan dengan orang yang lebih tua dari aku... Lebih tua dari abang sulung aku... Itu apa yang aku fikirkan, namun ketentuan Allah siapa yang mampu menghalangnya? Sekali lagi aku ingin meminta maaf kepada Dato' Siti dan semoga anda berbahagia sehingga ke akhirnya...

No comments: