Paparan Iklan

Thursday, July 28, 2011

Pengalaman ke Vietnam Versi 2...

*** WARNING!!!
Percutian ini adalah percutian yang ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat aku bekerja sekarang... Malah perbelanjaan aku sepanjang di Vietnam juga ditaja oleh orang yang tersayang! I Love You Sayang!!! Terima Kasih sebab menaja! Jadi jangan sangka aku banyak duit ya!!! Hahaha...

Bertemu kembali...

Bersambung semula cerita tentang tentatif program semasa di Vietnam...
23-Julai-2011
Masa ni pukul 5 pagi dah kena bangun untuk bertolak ke Halong Bay... Kami semua ke Halong Bay untuk bermalam di Kapal yang bernama Emeraude... Kapal ni tak lah besar sangat tapi muatlah untuk kami satu rombongan ada dalam lebih kurang 60 orang termasuk pasangan suami isteri... Untuk post kali ini aku perbanyakkan gambar untuk kesenangan aku bercerita... Jadi jom mulakan pengembaraan kamu semua!!!

 Bas perlancongan yang kami gunakan sepanjang percutian di sana. Pemandu pelancong bagi bas 1 adalah Billy

Masa berada di kilang Orang2 Kurang Upaya memproses barang2 kraftangan
 Aktiviti di dalam bas semasa dalam perjalanan ke Halong Bay TAPI kami tak main duit OK!
Berhenti menunaikan hajat sambil makan nenas... tapi kebersihan tandas di kawasan ini sangatlah mengecewakan... Aku terpaksa buang 1 helai seluar jeans aku sebab terkena air kencing orang sana yang bau nya susah nak hilang walaupun sudah dicuci berulang-kali... Huhuhu...

  Nenas ini sangat lazat dan manis!!!

 Permandangan sepanjang perjalanan ke Halong Bay. Untuk pengetahuan semua kawan2, di tengah-tengah kawasan bendang mereka menanam padi pasti akan ada satu petak sawah untuk dijadikan sebagai kawasan perkuburan... Huhuhu...

  Ketibaan bas yang kedua ke Halong Bay... Bas 2 adalah bas untuk mereka yang menaiki MAS...

 Aku HILANG?!!! Hahaha Menyorok jap!!! Depa duk sibuk cari la tu!!!

 Zaki A.K.A Photographer yang kedua (banyak photographer masa trip ni)

 Jangan salah faham! Ni bukan suami isteri tapi kebetulan terbeli baju yang sama

 Di mana aku?

 Fesyen terbaru menangkap gambar

Kapal kami bermalam

 Ketibaan di Kapal Emeraude

 Di antara pemandangan di sekitar pantai Halong Bay

 Satu2nya kanak-kanak yang ada

 Pintu bilik di atas Kapal Emeraude

 Pemandangan dalam bilik 1

Pemandangan dalam bilik 2
Waktu makan tengah hari 1

Waktu makan tengah hari 2
Permandangan dari atas Kapal Emeraude 1

 Permandangan dari atas Kapal Emeraude 2

Peniaga laut

 Permandangan salah satu gua yang ada

'Hang' bermaksud 'Gua' dan 'Sung Sot' bermaksud 'Kejutan'
Permandangan dalam Hang Sung Sot 1

 Permandangan dalam Hang Sung Sot 2

 Aktiviti petang selepas berjalan dalam gua, belajar masak selain daripada berenang dan berkayak

Aik nampaknya lelaki saja yang belajar masak? Hahaha... Aku tengah tidur kepenatan sewaktu aktiviti ini dijalankan... Hahaha...

Permandangan di senjakala
Kaptain Kapal Emeraude

 Hadiah Lucky Draw yang utama ialah IPAD2! Malangnya bukan rezeki aku... Huhuhu...

 Waktu makan malam tiba!!! Ermmm... Sedap...

Hiburan selepas makan malam... Semua pekerja baharu masuk dipaksa untuk menghiburkan kami, kira macam kena buli lah...

  Aktiviti yang menyebabkan kerugian kepada Kaptain Kapal Emeraude... Sebuah kerusi kayu telah patah semasa aktiviti 'Musical chair' sedang dijalankan... :-)... Aik! Jangan salah faham ya! Bukan aku yang mematahkan kerusi tersebut!

'Musical Chair' dijalankan secara berperingkat. Ini adalah peringkat yang kedua, perebutan kerusi berlaku... Akhirnya En.Rosli jatuh tersungkur dan Ah Meng menjadi juara...

Malang bagi aku kerana peringkat ketiga adalah perlawanan antara pekerja dan juga bos! Mestilah menyerah kalah bukan? Hahaha... Tapi aku dengan brutalnya telah mengalahkan bos pertama iaitu 'Managing Director of RSMY'! Habislah MBO aku kali ni mesti dapat kurang... Huhuhu... ;-p

Oklah... Sampai sini saja versi yang kedua... Bersambung lagi untuk versi yang ketiga!!! Jumpa lagi!!!


Wednesday, July 27, 2011

Pengalaman ke Vietnam Versi 1...

Bertemu kembali...

Sekembalinya dari Vietnam hari Isnin 25-Julai-2011, aku terus amik cuti... Penat sangat... Aku dengar rakan sebilik aku semasa kat sana pun ambil cuti setengah hari... Memang penat... Sebab cuaca kat sana bukan macam di Malaysia... Walaupun tiada matahari dan ada angin tapi angin disana adalah angin bahang yang panas bukan macam angin Malaysia, di Malaysia walaupun matahari terik tapi bila ada angin kita akan terasa sejuk...

Aku akan letakkan gambar sepanjang berada disana... Tapi tidaklah kesemuanya... Cuma yang berkenaan sahaja... Tentatif program disana adalah seperti dibawah :

22-Julai-2011
Berada di Hanoi dan melawat kawasan sekitar seperti Ho Chi Minh punya makam, rumah Ho Chi Minh di sana, dan juga pagoda yang terdapat di sana tapi aku tak masuklah... Bila sampai disana pemandu pelancong di sana menerangkan semula sejarah negara dia... Tapi sangat lah bertentangan dengan apa yang aku belajar di Malaysia tentang sejarah... Mereka mengagungkan Ho Chi Minh sedangkan kita rakyat Malaysia menganggap Ho chi Minh adalah ketua komunis... Lain orang lain cara... Tapi Ho Chi Minh adalah seorang lelaki bujang sehinggalah ke akhir hayatnya... di sini aku sedikit meragui kelakian beliau... Bukan niat untuk menghina tetapi mengapa dia membujang? Malahan pembantu peribadinya juga seorang lelaki... Kamu fikir2kanlah sendiri... Oleh kerana kami tidak mahu pergi ke teater kerana nak menjimatkan masa untuk membeli-belah jadinya kami sampai awal di Hotel... Sambil tunggu kumpulan yang datang menggunakan perkhidmatan Malaysia AirLines, aku dengan rakan sebilik pergi bershopping... Pengalaman shopping di sana? Sangat mengecewakan... Pekedai di sana nampak pelancong, mereka akan menaikkan harga sehingga lebih 25 kali ganda... Baik membeli-belah kat Malaysia saja kalau begitu?! Tapi bawah disertakan rumah Ho Chi Minh dan juga gambar mereka2 yang sangat teruja ketika membeli beg2 yang agak murah disana...
Ho Chi Minh First House 
Perhatian diberikan kepada Kak Azida semasa membuat tawaran
Keterujaan membeli-belah

Sudah tentu aku tidak akan meletakkan gambar aku di sini... :-)... Sampai bertemu kembali di versi yang kedua...

Wednesday, July 20, 2011

Gagal untuk merancang...

Bertemu kembali,

Pernah dengar ungkapan 'Manusia tidak pernah rancang untuk gagal tetapi sebenarnya manusia itu gagal untuk merancang...' Aku ingin tekankan penulisan kali ini lebih kepada luahan perasaan aku... Mungkin akan menjadi berat sebelah... Sebab pandangan ini disertakan dengan emosi...

Siapa yang tidak emosi apabila segala perancangan yang dirancang gagal? Eh! Tunggu dulu! Aku tidak merujuk ungkapan kat atas tu untuk aku! Tapi untuk seseorang yang memegang jawatan sebagai Ketua  Bahagian Sumber Manusia di syarikat tempat aku bekerja sekarang... Setiap tahun syarikat aku bekerja sekarang ini akan menganjurkan 'Company Trip Event' untuk para pekerja yang ada... Status untuk kehadiran ke perancangan ini adalah wajib bagi setiap pekerja kecuali dengan sebab2 tertentu dan kukuh untuk tidak menyertai perancangan ini... 

Setiap 2 tahun mereka akan membawa pekerja ke luar negara contoh seperti Vietnam, Indonesia, Crabi dan sebagainya... kali ini mereka ingin membawa pekerja ke Vietnam... Seperti tahun2 yang sebelumnya, pengangkutan ke Lapangan Terbang Air Asia dan Malaysia Airlines di sediakan TETAPI tahun ini pada awalnya dikhabarkan pengangkutan tidak akan disediakan... Semasa di bilik mesyuarat, terdapat wakil pekerja yang bersuara tentang permasalahan yang timbul... Alasan yang diberikan oleh ketua ini ialah membazir duit syarikat! Aku mula merasa tidak puas hati... Jika membazir duit syarikat, tidak perlulah menganjurkan percutian ke Vietnam! Bukankah itu lebih menjimatkan duit syarikat?!

Aku tahu tujuan syarikat menganjurkan percutian ini pada setiap tahun (setiap tahun akan ada percutian tetapi setiap 2 tahun ke luar negara) adalah untuk mengelakkan diri dari membayar cukai! Jadi keluarkan sajalah duit tu kenapa masih mahu kononnya nak menjimatkan duit syarikat?! Kalau nak berjimat kena pula bayar cukai! Ah! Sudahlah! Aku bukan B***H... 

Selepas mesyuarat diadakan, ramai pekerja yang tidak berasa puas hati... Pengajur a.k.a Ketua Bahagian Sumber Manusia ini gagal dalam merancang! Maka timbullah semua cerita yang khabarnya, Ketua ini merancang percutian ini dengan secara senyap tanpa perbincangan dengan semua pekerja! Tarikh percutian itu juga dijadualkan mengikut JADUAL KETUA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA ini semata2! Tanpa perbincangan dengan Bahagian2 yang lain... Akibat dari perbuatan Ketua ini, SELURUH Bahagian Kewangan tidak dapat pergi kerana sekarang ini adalah masa untuk mereka menyelesaikan tugasan dan mengemaskini dokumen2 kewangan syarikat!

Syarikat aku bekerja, kewangan dikira dari Julai ke Julai dan bukan dari Disember ke Disember... Banyak lagi perkara yang membuatkan kami semua tidak lagi bersemangat untuk percutian ini... Terlampau banyak kekurangan dari segi kebajikan pekerja semasa di sana! Malah boleh lagi merungut duit syarikat telah banyak dihabiskan untuk percutian ini! Sedangkan Ketua ini yang memilih sendiri destinasi pada tahun ini tanpa perbincangan dengan sesiapa pun! Salah siapa?! Kami atau Ketua Bahagian Sumber Manusia ini?! Kamu fikirkanlah sendiri...

Apa yang membuatkan aku emosi pada tahap maksima pada hari ini ialah secara tiba2 pada tanggal 20hb 7 2011, Ketua Bahagian Sumber Manusia ini membuat pengumuman bahawa pengangkutan disediakan! Kamu semua tahu bila tarikh untuk kami pergi bercuti? Ini tarikhnya! 22hb 7 2011! 'Alah, ada 2 hari lagi... Kira Ok la tu!' Tunggu dulu! Aku belum lagi bagitahu waktu untuk pekerja yang pergi ke penerbangan Air Asia! Kami perlu berada di Lapagan terbang pada pukul 4 PAGI pada 22hb 7 2011 sedang pada 21hb 7 2011 kami masih lagi bekerja sehingga pukul 6 PETANG! Kami tidak perlu tidurkah? Dan baru hari ini 20hb 7 2011 Ketua ini mengumumankan pengangkutan disediakan! Perancangan di akhir2 waktu bukan perancangan yang BAIK! Sewaktu aku menulis artikel ini, tangan aku menggigil dan aku terpaksa menggunakan 'Backspace' banyak kali kerana tersalah taip! Aku bengang!

Aku telah pun menempah pengangkutan untuk aku dan juga rakan sekerja aku dari awal untuk pergi ke lapangan terbang Air Asia... Aku sudah bincang dengan mereka untuk sama2 membayar harga teksi ke sana! Tambahan pula kami memerlukan khidmat teksi pada waktu larut malam! sememang sudah diketahui bayarannya akan menjadi 2 kali ganda dari harga ketika khidmat digunakan siang hari! Semuanya telah pun dirancang dan telahpun disahkan perjanjian antara aku dengan pemandu teksi tersebut! Dan hari ini aku terpaksa meminta maaf kepada pemandu tersebut! Menjatuhkan maruah aku! Semuanya gara2 Ketua ini dengan perancangan yang dirancang mengalahkan kanak2 yang merancang! Aku sedang bengang! Kamu semua fikirkanlah sendiri, kamu tidak bengangkah? Dan apa yang aku tulis pada hari ini hanya lah 50% dari permasalahan yang berlaku! Hanya 50%... Itu belum aku buka cerita tentang makanan HALAL! Lagi 50% aku tidak menceritakan disini... Cukuplah sekadar ini... aku tidak mahu komputer 'keyboard' aku ini rosak semata2 aku menulis dengan perasaan geram!

Aku memang sakit hati! Aku tidak lagi bersemangat dengan percutian ini! Semuanya sampah belaka! Manusia yang gagal merancang! Aku sedikit lega apabila aku telah luahkan semuanya dalam penulisan kali ini...

Sampai bertemu lagi... Aku akan ceritakan apa yang berlaku sepanjang aku disana nanti...

Monday, July 11, 2011

Perjalanan hidup seorang loser like PANDA...

Bertemu kembali...

6-7-2011 aku tengok wayang Kung Fu Panda 2... best... Penilaian aku bagi 5 bintang dari 5 bintang! Hehehe... Boleh bergelak ketawa, lupakan sebentar kegusaran hati... Tingalkan sebentar kepudaran semangat... Pergi pula orang yang taja... Siapa yang tak mahu?... ;-)... 

REC Club company aku buat tengok wayang beramai-ramai... Tapi boleh membuat pilihan cerita yang dikehendaki... Hanya 6 orang sahaja yang menonton Kung Fu Panda 2... Tapi tak rugilah aku tengok... Nasib baik aku kata aku nak tengok Kung Fu Panda 2 kalau aku pilih Transformer wajiblah aku tidurkan? :-P... Kawan sekerja aku kata dia tidur masa wayang tu sedang ditayangkan... Herm... Bertuah badan memilih Kung Fu Panda 2...

Aku bangga dengan Si Panda yang pada mulanya orang lain sangat memandang rendah kepadanya... Yalah sudahlah berbadan gempal, kuat makan pula... (Terasa diri)... Aku seperti melihat diri aku ketika aku menonton cerita tu... Tapi akhirnya dia berjaya dan dihormati oleh masyarakat... Aku yakin, memang betul kata Master Shifu (Dustin Hoffman) dalam Kung Fu Panda 1 'There is no coincidence...'

So keyakinan aku bertambah apabila selesai menonton cerita Kung Fu Panda 2... 'Yes, there is no coincidence...' Aku yakin memang tidak ada kebetulan dalam hidup tetapi semuanya telah dirancang oleh Pencipta Maha Agung... 

Kesinambungan bagi  Kung Fu Panda 1 iaitu Kung Fu Panda 2 menceritakan tentang lagenda masyarakat China tentang pemerintah burung merak yang membawa kepada kemakmuran dengan penciptaan bunga api... Tetapi pasangan merak ini menilik nasib dan mendapati anak mereka akan menjadi seekor pemerintah yang jahat dan akan dikalahkan oleh pendekar HITAM PUTIH... (Pandalah tu...)

Si anak merak ini kebetulan terdengar perbicaraan ahli nujum dengan ibu dan bapanya... Kerana sedih akan nasibnya dan bertekad untuk mengubah nasib yang telah diramal, anak merak bertindak membunuh dan menghapuskan keturunan PANDA... Tetapi ironinya, ibu kandung Po (Panda yang menjadi anak angkat kepada angsa pembuat bihun), telah meninggalkan Po di dalam bakul berisi lobak putih demi menyelamatkan nyawa anaknya... Bermulalah kehidupan Po sebagai anak kepada angsa Si pembuat bihun...

Apabila Po sudah pun bergelar 'Dragon Warrior', peristiwa Po ditinggalkan sedikit demi sedikit kembali menerjah ingatan Po... Disitulah Po belajar mengenai 'Inner Peace' ataupun dipanggil Ketenangan Dalaman oleh orang melayu kita... Hanya dengan menguasai 'Inner Peace' inilah Po berjaya menumpaskan Si Anak Merak yang jahat...
Memang banyak peristiwa2 yang lucu di sepanjang perjalanan cerita tersebut... Cerita Kung Fu Panda ini bukan sekadar cerita untuk kanak2 tetapi banyak pengajarannya untuk orang dewasa atau remaja macam kita2 semua... ;-)...

kesimpulannya, aku gembira menonton filem ini!!! Sampai bertemu kembali...

Walk out of #InfinityHairDesign pretty! Turn heads with ur make over at RM29.90. #MilkADeal

Walk out of #InfinityHairDesign pretty! Turn heads with ur make over at RM29.90. #MilkADeal

Saturday, July 9, 2011

Buat kembar nasib aku...

Bertemu kembali...

Utusan kali ini aku dedikasi kepada sahabat yang aku gelar sebagai 'Kembar Nasib' aku... Kenapa dia aku gelar 'Kembar Nasib' aku? Kami tidak sama usia dan kami bukanlah dari keluarga yang sama... Tapi dialah 'Kembar Nasib' aku... Aku sebenarnya bangga dengan dia... Kenapa? Sebab dialah setabah2 manusia yang pernah aku jumpa... Ish2! Malulah... Sebenarnya aku tak pernah puji dia... Ni adalah kali pertama... Harap2 dia tak muntah... :-)... Memang kami mengeluh dengan ketentuan hidup kami... Kami mengeluh dengan nasib yang menimpa kami... Tapi kami sama2 sentiasa akan tetap melalui apa sahaja di depan kami...

Yang kami tahu kami perlu berusaha... Aku yang memulakan gelaran 'Kembar Nasib', entah apa yang dia fikir masa aku cakap aku adalah 'Kembar Nasib' dia... Tapi yang pasti masa tu kami sama2 gelak... Apa2 pun aku dengan dia tidaklah selalu berjumpa atau bertegur sapa terutamanya bila aku tidak sambung belajar dekat universiti yang sama dengan dia tapi kami masing2 tahu akan peranan kami sebagai sahabat.. Jika ada apa2 kesulitan yang terjadi kami akan mengadu di antara satu sama lain... Tapi bukan bermakna semua rahsia dia aku tahu dan tidak semua rahsia aku dia tahu... Setuju kan kalau aku katakan bahawa hidup ni pun kadang2 perlukan sedikit ruang dan rahsia untuk diri sendiri? 

Yang penting kami sama2 memberikan semangat kepada satu sama lain... Aku sentiasa berdoa agar dia dapat apa yang dia idam2kan dan bahagia selalu... Sejak mengenali dia, aku faham dengan suasana yang dia lalui dari dahulu hinggalah sekarang ini... Mungkin aku mudah memahami dia kerana aku juga mengalami nasib yang lebih kurang sama tapi tidak serupa... Kalau aku jadi dia, aku juga akan mengalah tapi dia ni tabah walaupun nampak macam taklah tabah sangat... :-P...

'Kalau aku rasa sedih aku akan fikirkan kau sebabnya...' Ayat yang pernah aku ucapkan pada dia... Dia mesti tau apa ayat seterusnya... Sampi sekarang dia ingat... Aku suka kenangan itu... :-)... 

Tapi aku sedih juga, beberapa bulan ni aku banyak tak dapat nak bantu dia atas sebab2 yang aku sendiri tak boleh nak elakkan... Yang aku hanya mampu lakukan dengar saja keluhan atau luahan hati dia... Sekurang2nya kurang sikit rasa sedih dia... Itu saja yang aku mampu tolong setakat ini tapi InsyaAllah jika di izinkan-Nya, aku tidak akan teragak2 untuk membantu setakat yang termampu...

Apa2 pun utusan kali ni sememangnya khas untuk dia... Terima kasih atas persahabatan ini dan aku akan sentiasa doakan kau dapat mencapai impian kau... Lagipun aku kan 'Kembar Nasib' kau! hehehe...

Sampai bertemu lagi...

Friday, July 8, 2011

Minta maaf Dato' Siti...

Bertemu kembali,

Semalam terdengar satu ceramah masa pergi 'uptown' sekitar Selangor ni... Tengah jalan2, tiba2 cik abang aku kata nak urut kaki kat orang buta yang selalu dia pergi tu... Jadi terpaksalah aku menunggu sehingga dia habis berurut... Kawasan berdekatan tempat urut tu ada sebuah gerai menjual bahan2 agama... Pekedai itu  membuka ceramah yang tajuknya aku tidak pasti... Tapi salah satu isinya berkisar tentang kehidupan seharian... Aku tertarik dengan beberapa topik yang diketengahkan iaitu :

1) Tentang penutupan aurat bagi kanak-kanak bawah 7 tahun (terutama sekali perempuan)... huraiannya...
  • Terjadi satu kes pada ustaz itu, 'Ada ke patut, anak ustaz tidak pakai tudung' Berkata seorang mak cik kepada anak ustaz itu yang baru sahaja berumur 3 tahun... Ustaz itu menerangkan apakah keburukkan dan kebaikan apabila kanak2 kecil sudah diajar untuk menutup aurat tanpa kerelaan kanak2 itu sendiri... Kemudian ustaz itu memberikan beberapa contoh melalui pengalamannya... Salah satunya seperti dibawah...
  • Pernah terjadi satu peristiwa di Ipoh (nampaknya ustaz ini berasal dari perak dari segi pertuturan atau loghat dia), mak cik ini telah mengajar anak perempuannya menutup aurat sejak dari kecil lagi... Apabila dewasanya anak itu tadi dan berkahwin, anak itu masih lagi menutup aurat dan menjaga maruahnya... Tetapi langit tidak selalunya cerah... Perkahwinan yang diharapkan berkekalan akhirnya hancur di tengah jalan... Apabila penceraian berlaku, anak perempuan ini tadi merantau ke Kuala Lumpur mencari nafkah untuk dirinya (anak ada atau tidak aku tidak pasti)... Tapi setelah beberapa lama berada di Kuala Lumpur, mak dia datang melawat... Apa yang memeranjatkan si ibu ialah semua pakaian dalam almari anak dia sudah tiada lagi tudung dan baju kurung... semuanya yang ada hanyala kain yang pendek dan singkat semata-mata... apabila ditanya dengan lantang anak perempuan itu menjawab 'Dari kecil lagi asyik tutup aurat saja! Saya nak juga rasa macam mana nak berfesyen macam ni!' Jawapan yang tidak di sangka2...
  • Tujuannya disini bukan untuk mengaibkan sesiapa dan bukan menyatakan bahawa jangan mengajar anak menutup aurat tetapi untuk mengatakan bahawa ada baik dan buruknya apabila sesuatu itu diajarkan apabila belum tiba waktunya... Budak2 masih lagi perlu belajar untuk mengenal dunia... Jadi mereka perlu selesa untuk melakukan itu... Apabila tiba masanya, ajarlah anak itu menutup aurat... 7 tahun Allah bagi masa untuk mereka... 
2) Tentang Jangan mengata orang... Nanti kena batang hidung sendiri... Huraiannya...
  • Apabila ada sesuatu yang berlaku dan kita tidak menyenanginya, pertama jangan terus menghina dan mengutuk! Nyatakannya dalam hati sahaja... Ini untuk mengelak dari bahaya... Contoh yang ustaz itu berikan adalah seperti bibawah...
  • Andai kita tidak suka melihat mat rempit, atau bohsia atau bohjan, sekiranya kita sudah berkahwin dan mempunyai anak jadinya jagalah pertuturan kita! Sekiranya kita kutuk mereka ini, Ingat yang kita mempunyai anak lelaki dan perempuan! Dikhuatiri anak kita menjadi lebih teruk dari orang yang kita kutuk tadi...
  • Andai kata jiran sebelah bercerai, kita kutuk dia macam2 terutamanya kepada jandanya... Isterinya jahatlah atau suaminya tidak bertanggungjawablah atau apa saja kutukan, sila jangan lakukan! Senyap! Jangan menilai sesuatu! Nampak perkara buruk, anak dia seksi konon ibubapa tak reti ajar, jangan cakap! Senyap! Istighfar banyak2! Bimbang nanti berbalik kepada kita... Berbalik pada anak2 kita...
  • Jadi pengajarannya, sekiranya kita tidak suka dan tidak mampu untuk menegur kerana membahayakan keselamatan diri atau khuatiri sesuatu yang buruk berlaku, tidak mengapa hanya sekadar membenci di dalam hati... 

Begitulah sedikit sebanyak yang aku dapat isi ceramah tersebut sepanjang berada disitu lebih kurang dalam masa 1 jam... Apapun ceramahnya santai dan berkesan... Isinya ringan dan mudah difahami... Bahasa tidak kasar dan tegas... Minta maaf aku tidak tahu nama penceramah tersebut... Hanya mendengar suaranya sahaja...

Dengan itu, secara rasmi aku mahu memohon jutaan kemaafan kepada Dato' Siti Nurhaliza... kenapa? Kerana dahulunya aku pernah mengutuk keputusan beliau untuk mendirikan rumahtangga bersama2 dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa... Aku katakan Dato' Siti tidak sepadan dengan orang tua dan sebagainya... Tetapi kini aku faham kenapa Dato' Siti menerima jodohnya, kerana apa yang aku mengata tentang Dato' Siti telah terkena batang hidung aku sendiri! Jujur aku katakan pada awalnya aku sememang menolak orang yang hadir dalam hidup aku sekarang... Ah! Tak akan aku nak berkawan dengan orang yang lebih tua dari aku... Lebih tua dari abang sulung aku... Itu apa yang aku fikirkan, namun ketentuan Allah siapa yang mampu menghalangnya? Sekali lagi aku ingin meminta maaf kepada Dato' Siti dan semoga anda berbahagia sehingga ke akhirnya...

Thursday, July 7, 2011

Entry buat senior...

Sampai ketemu kembali,

Aku tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis pernikahan dan persandingan seorang senior aku sewaktu belajar dulu... Ternyata cinta yang berputik semasa di menara gading membuahkan hasil... Aku menumpang gembira...

Sesungguhnya apabila aku melihat gambar di dalam akaun facebook kakak senior aku, buatkan aku tersenyum sendiri... Seronoknya jika aku dapat pergi sendiri ke majlis tersebut... Malahan aku telah berjanji untuk datang ke majlis itu... Tapi aku tidak mempunyai kesempatan di atas sebab2 tertentu...

Aku masih ingat sewaktu aku kecil dahulu, mak aku sering menghadiri kenduri perkahwinan atau apa sahaja kenduri yang ada disekitar perumahan aku... Aku pula jenis yang tidak suka menghadiri majlis atau apa sahaja yang mempunyai ramai tetamu... Itu buatkan aku rasa pening dengan suasana hingar bingarnya... Pada masa itu, aku beranggapan menghadiri majlis2 begini hanya membuang masa... Ah! Bukan aku yang berkahwin...

Tapi selepas satu peristiwa, mak aku berkata ''Nanti majlis perkahwinan kau tidak ada siapa nak datang baru kau tahu!''... Umpama belati menikam jantung ketika itu... sejak dari itu, aku mula berjinak2 menghadiri majlis begini... Dengan itu, anti-sosialkah aku? Aku biarkan kalian menjawabnya sendiri...

Aku tidak suka berasa sunyi... Tapi aku tidak pandai bergaul... Herm... Apa yang perlu aku lakukan?

Banyak lagi yang perlu aku belajar... Walau apapun, kepada Kak Nor Syah hidayah Binti Ibrahim dan Abang Syafiz lopo (aku tidak tahu nama penuhnya... :-) ) tahniah saya ucapkan... Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhirnya... Dan berganda tahniah dari saya kerana berita tentang penantian akak 9 bulan akan datang di tunggu2 oleh saya! Tahniah! Tahniah... Saya dengan ini, selain mengucapkan tahniah, saya juga ingin meminta maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis gilang gemilang akak... Walaupun agak terlambat dan saya pernah minta maaf kat facebook akak tapi ini saya lakukan dengan secara formal... 

Semoga kalian sentiasa berada dalam suasana yang bahagia... Sampai ketemu lagi...

Wednesday, July 6, 2011

Semangat Yang Hilang...

Bertemu kembali...

Sejak beberapa bulan yang lalu, aku dapati aku seperti tidak lagi mempunyai semangat untuk kehidupan aku sekarang... Bukan bermaksud aku berputus asa... Itu sama sekali tidak akan terjadi! Maksud aku di sini, aku sudah mula bosan dengan rutin harian aku sekarang... Ya! Mungkin kerana aku bosan dengan pekerjaan aku sekarang... Aku terasa seperti sering di anak tirikan oleh orang atasan aku... Mungkin mereka boleh katakan bahawa mereka tidak pernah menganaktirikan aku tetapi dari perlakuan dan keputusan yang mereka buat, jelas menunjukkan bahawa mereka tidak melihat aku sebagai satu kepentingan dalam organisasi mereka... 

Adakah itu cuma perasaan aku semata-mata? Tidak! Aku bukanlah jenis manusia yang mudah berprasangka buruk terhadap sesuatu... Jika aku berasa tidak senang, aku akan tenangkan diri aku dan melihat ke dalam diri aku terlebih dahulu... Aku menjadi pemerhati buat seketika... Aku akan perhatikan perbezaan antara aku dengan yang lain... Dan dari apa yang aku perhatikakan, hasilnya adalah Izhar Halqi iaitu pengertian dari segi bahasanya ialah jelas atau nyata... (Boleh klik dekat link tuk keterangan lanjut)...

Banyak perkara yang membuatkan aku berasa tersisih... Bukan aku sahaja tapi beberapa orang rakan sekerja aku juag pernah mengadu kepadaku tentang nasib mereka... Ini bermakna bukan aku sahaja merasakan diri di anaktirikan, tetapi rakan aku yang lain juga... Cuma perbezaan kami, aku lebih di pinggir berbanding mereka...

Aku mula mencari punca kepada permasalahan ini... Aku kah yang bersalah? Aku kah puncanya? setelah diselidiki, rupanya terdapat seseorang yang telah membawa cerita bahawa aku tidak melakukan pekerjaan aku dan membuatkan aku seolah2 tidak melakukan apa2 pun... Aku terkesima seketika... Benarkah aku begitu? Benarkah itu yang mereka nampak? Tidakkah orang atasan ini datang menyiasat sendiri cerita2 itu sama ada ianya benar atau tidak?

Rupa2nya, ada orang yang mahu dilihat sebagai seorang yang berdedikasi dengan memperlihatkan kerja orang lain sebagai kerja dirinya sendiri... Alangkah mencabarnya hidup dikelilingi orang yang sebegini... Seorang peniru yang senang hidupnya dengan mengambil kerja orang lain dan mengaku bahawa itu hasil kerjanya sendiri... Idea orang lain yang di ambil untuk dipersembahkan menjadi idea sendiri di hadapan orang atasan... Satu cara yang bijak tapi kotor!

Bersabar ialah perkara yang hanya aku mampu lakukan buat masa ini... Orang atasan yang nampaknya percaya bulat2 tanpa usul periksa membuatkan aku berasa asing sekarrang dan semangat aku semakin hilang... Orang atasan aku seorang individu yang baik tetapi bukankah seorang pemimpin yang yang baik! itu aku pasti!

Sampai bertemu lagi...

Tuesday, July 5, 2011

Psikologi Manusia

Bertemu kembali...

Sepanjang lebih 20thn hidup di dunia, aku rasa aku masih lagi lemah dalam hal2 yang berkaitan dengan psikologi manusia... Sepanjang ingatan aku, apabila aku tiba di sesuatu tempat yang baru, contohnya merantau kerana mencari ilmu ke negeri orang... Pada mulanya, apa yang aku siratkan dalam diri aku adalah, aku mahu menjadi seorang yang sangat pasif... Dimana aku mahu menamatkan pencarian ilmu aku dengan keadaan yang tenang tanpa sebarang musuh dan hanya ditemani sahabat... Kadang kala aku seperti mahu menjadi seorang yang halimunan demi mencapai maksud itu...

Tapi malang bagi aku, di dalam aku tidak mahu mencari musuh, aku pasti mendapatnya tanpa aku pinta... Pasti akan terjadi satu peristiwa yang membawa aku masuk ke alam permusuhan... Segalanya pasti terjadi apabila aku dengan tidak sengaja menolong kawan aku yang mungkin sedang bersedih atau keadaan yang menyebabkan aku mahu menolong dia... Tanpa aku sedari, aku telah pun di copkan sebagai musuh bagi musuh kepada kawan aku yang aku tolong tadi... Bermula dari situ, hasrat untuk kekal pasif sepanjang menuntut ilmu menjadi anganan semata-mata...

Aku sentiasa dimusuhi... Aku terkadang kecewa dengan diri sendiri... Kata orang sebelum menyalahkan orang lain, kita harus melihat ke dalam diri kita dahulu... Sebab itu aku kecewa... Apabila aku merenung kembali, kenapa semua itu terjadi? Adakah aku keterlaluan dalam berusaha mencari seorang sahabat? Pada aku, aku lebih suka jika aku tidak menyebelahi mana2 pihak agar tidak di salah ertikan oleh sesiapa sahaja... Tetapi entahlah... Mungkin sudah tersurat di takdir hidup aku bahawasanya aku tidak akan berada dalam keadaan tenang dan tanpa musuh di sisi aku... 

Walaupun begitu, aku yakin aku boleh mengubah takdir hidup aku... Bukankah telah Allah nyata 'Tiada siapa yang mampu mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya tidak kaum itu sendiri yang mengubahnya'...

Bagaimanapun, aku tidak akan putus berusaha demi diri aku... Ya! aku sememangnya kecewa dengan diri sendiri tapi bukan itu bermaksud aku mengalah! Tidak! Aku tidak akan sekali-kali mengalah dengan cubaan yang Pencipta aku telah tetapkan untuk aku... 

Aku tahu, sekiranya aku berputus asa dengan takdir aku maka aku lebih teruk berbanding syaitan yang direjam oleh Allah... Kerana syaitan tidak pernah berputus asa untuk menundukkan keturunan Adam A.S...

Aku cuma berharap setiap kali aku melangkah ke dunia atau suasana yang baru, aku akan mempunyai kekuatan untuk menghadapi apa jua ringtangan dalam hidup aku...

Sampai bertemu kembali...

Sunday, July 3, 2011

Pengalaman hidupnya memberikan aku pengajaran...

Bertemu kembali...

Seseorang ini telahpun melalui fasa kehidupan yang sangat menyedihkan... Perpisahan yang tidak pernah terlintas di dalam benak fikirannya terjadi... Pahit katanya pada aku... Mungkin benar pahit... Aku belum pernah melaluinya kerana aku masih belum menempuh gerbang perkahwinan yang aku lihat hanya kebahagiaan didalamnya... Tapi bukankah dalam hidup ini tidak semuanya indah? Itu yang perlu aku ingatkan pada diri aku selalu...

Aku sering dibuai mimpi indah... Bayangan khayalan aku semuanya indah belaka... Tapi ridak pernah sekali ianya menjadi kenyataan... Bukankah itu petunjuk bahawa hidup bukanlah indah semata-mata? Pelik tapi benar... Aku tidak pernah berasa bahagia dalam hidup aku, ya mungkin sekali dua tapi bukan kebahagiaan yang berada dalam anganan aku... Apa yang aku impikan tidak pernah menjadi kenyataan... Ahhh mungkin hanya mimpi aku yang terlambung tinggi ke awan... Mana mungkin aku gapai sedangkan aku hanya pasir yang memutih dipantai... 

Apa yang mampu aku lakukan untuk insan itu hanya berada disampingnya... Aku ingin menjadi pelampung hidupnya... Aku mahu dia tahu bahawa aku bersedia berkongsi segalanya dengan dia... tapi mengertikah dia? Telah lama aku perhatikan tingkah lakunya... Tidak pernah dia berkongsi masalah dengan aku... Siapakah aku dalam hidupnya? Tidak adakah kepercayaan dalam hidupnya tentang diriku? Tidakkah dia yakin dengan keprihatinan aku tentang dirinya?

Mungkinkah aku prihatin hanya sekadar untuk menunjukkan bahawa aku hanya mahu memiliki dirinya? Oh! Aku harap bukan itu tujuan aku... Aku benar2 mahu menjadi sebahagian dari hidupnya... Aku tidak mahu hanya berkongsi kebahagiaan bersamanya tapi aku juga mahu berkongsi masalah dalam hidupnya... Itu adalah pengertian perhubungan yang ikhlas dalam hidupku... Namun sepanjang perhubungan ini, dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan aku... Berkali-kali sudah aku nyatakan pada dirinya bahawa aku juga mahu berkongsi masalah dengannya tapi tidak pernah sekali dia mendengarnya... 

Salahkah aku prihatin terhadap masalahnya? Wahai kaum lelaki, mengertilah bahawa apabila wanita itu telah benar2 mencintai kamu, dia tidak hanya berharapkan kebahagiaan sahaja untuk dikongsikan bersama... Dia mahu dirinya menjadi 100% sebahagian dari hidup kamu dengan berkongsi duka bersama... Wanita akan berasa terasing seandainya kamu seolah-olah mengenepikan dirinya seandai masalah melanda... Memang mungkin bagi lelaki, kamu menganggap bahawa kamu boleh mengatasi semuanya tanpa melibatkan kami, tulang rusuk kamu...

Ingatlah... Kami wanita adalah tulang rusuk kamu... Kami bertanggungjawab untuk menampung dan menyokong kamu... Kami diciptakan untuk membantu kamu wahai kaum adam! Sedarlah... Kami hanya akan terasa dihargai apabila kamu sudi berkongsi kisah duka dan suka kamu...

Memang aku akui bahawa wanita adalah makhluk yang sangat sukar untuk difahami... Dengan itu, kamu tidak perlu memahami kami! Kamu hanya perlu menjadikan kami sebahagian dari kamu... Anggap diri kami adalah diri kamu... Dengan cara itu sahaja, kamu wahai kaum adam, akan memahami wanita!

Oh! Betapa aku berharap dia membaca blog ini dan tulisan ini... Inilah yang cuba aku katakan padanya selama ini... Tapi dia tidak pernah mengerti... Aku tujukan lagu ini buat dirinya yang dekat dengan diri aku tetapi jauh...

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

reff:
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

Sampai bertemu kembali...

Saturday, July 2, 2011

Usia menunjukkan kematangan?

Bertemu kembali...

Aku hanya seorang perempuan yang berusia awal 20-an yang sedang keliru dengan indentiti sendiri... Pendirian yang kadang2 tidak tetap tapi tetap teruskan perjalanan hidup... Iman setipis bawang ini membuatkan aku masih lagi bernafas diatas muka bumi ini... Aku rasakan bahawa hidup aku sukar selama ini... Kadang aku sendiri mahu mencabut nyawa yang aku kira tidak berharga langsung di dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran... Tapi siapa aku? Aku bukan Tuhan untuk melakukan perkara yang aku tidak berhak langsung! Diri aku ini pun bukanlah milik aku... Jadi siapa aku untuk merosakkan sesuatu yang bukan milik aku?!

Berfikir sejenak tentang segala yang berlaku dalam hidup... Aku berharap aku dapat memutarkan kembali waktu agar aku dapat membetulkan segala kesilapan yang pernah aku lakukan... Tapi malangnya dalam dunia ni mana ada Doraemon untuk memenuhi permintaan hati yang yang sering meminta-minta perkara yang mustahil... Bertuah Nobita kerana memiliki sabahat sebaik Doraemon, walaupun semua itu hanya sekadar watak kartun yang dicipta oleh seorang manusia...

Banyakkah kekesalan dalam hidup aku? Sehingga aku meminta supaya waktu diputarkan kembali? Namun yang pasti terdapat sesuatu yang aku benar2 berharap agar aku dapat betulkan semula... Tapi semuanya telah terlambat... Andai dapat aku berundur ke 6 tahun yang lalu, akan aku pastikan, aku tidak akan mensia2kan segalanya...  Apa daya aku untuk memutarkan waktu yang telah jauh berlalu? Benar kata pujangga, 'Masa itu umpama sebilah pedang yang menanti, seandai terlambat atau tersilap langkah maka kita akan terpancung dengan kerakusan masa itu'... Mungkinkah aku telah pun terpancung dengan masa itu? segalanya mungkin...

Kini usia semakin meningkat... Segalanya yang berada didepan semakin mencabar dan penuh dengan tipu muslihat... Bersediakah aku melalui semua itu? Entah... Mungkin sudah dan mungkin juga belum... Aku hanya berharap apa sahaja yang berlaku selepas ini, mampu memberikan aku kekuatan untuk aku menjalani kehidupan di hari mendatang...

Aku cemburu melihat kawan2 aku yang sedang menikmati zaman22 remaja yang penuh dengan suka duka dan keriangan sebagai seorang remaja... Hati penuh bunga2 bersama sokongan keluarga... Bergembira bersama... Aku terlalu banyak kekurangan... Aku sememangnya cemburu dengan kawan2 aku yang sempurna pada pandangan mata aku... Mungkin mereka berkata mereka tidaklah mempunyai kehidupan yang sempurna tetapi bagi aku, sekurang2nya mereka miliki apa yang tidak mampu aku miliki... Bukankah itu lebih baik?

Kematangan Hidup

~~~Delete all old posted in here before 2011~~~

Aku nak memulakan blog ni dengan sesuatu yang baru... Aku telah pun padamkan semua post2 aku yang lama... Kenapa aku buat macam tu? Entahlah... Aku sendiri tiada jawapannya... Aku hanya mahukan blog ini mempunyai nafas yang baru seperti aku sedang berusaha untuk miliki kebahagiaan aku sendiri... Aku mahu segalanya bermula dengan sesuatu yang baru... 

Kini aku sedang berhubungan dengan seseorang yang jauh lebih tua dengan aku... Aku rasa kawan2 aku tahu... Adakah dengan ini memberi maksud bahawa aku sememangnya sedang melalui fasa kematangan @ kedewasaan lebih awal dari sepatutnya? Entahlah... Aku tidak mempunyai komen tentang itu...

Aku tahu ramai diantara kawan2 aku tertanya-tanya dengan pilihan aku... Serikkah aku untuk bercinta dengan lelaki yang seusia aku? atau lebih 4 atau 5 tahun saja dari aku? Untuk itu aku juga tidak mempunyai jawapan yang pasti... Soal hati bukan urusan aku... Aku hanya mampu menyatakan kemahuan ku kepada Pencipta aku tapi dia yang menentukan hala tuju hidup aku... Dia lebih mengetahui apakah yang terbaik untuk diri aku ni...

Aku telah pun tukarkan nama blog ini untuk kesekian kalinya... Harap kali ini, tujuannya aku mewujudkan blog ini tercapai... Aku bukanlah blogger yang tegar bermain dengan kata2... Aku bukanlah blogger yang mempunyai banyak pengalaman dalam hidup... Aku bukanlah blogger yang pandai memuaskan hati semua orang... Aku hanya blogger yang menulis untuk diri aku sendiri yang lahir dari hati dan juga pengalaman hidup aku sehari-hari yang aku lalui dengan penuh cabaran dan kesabaran...

Aku tidak tahu sama ada aku akan teruskan komitmen aku terhadap kewujudan blog ini atau tidak... Apa yaang pasti aku hanya akan menulis apabila aku terasa mahu berkongsi sesuatu dengan sesiapa sahaja yang sudi membaca blog ini...

Mungkin bagi kawan2 aku, mereka akan tertanya-tanya, lain benar tulisan aku kali ni... Penuh dengan formaliti yang jarang2 aku ketengahkan... Entahlah... Aku berharap aku boleh berikan jawapan pada semua soalan tapi malangnya aku sendiri tiada jawapan yang tepat... Hanya aku boleh katakan bahwa aku selesa dengan penulisan gaya begini... Mungkin ini adalah aku yang sebenarnya... 

Ya mungkin aku sebenarnya seorang yang sangat formal yang sedang cuba untuk menyesuaikan diri dalam arus kemodenan zaman kini... Cuba untuk memberikan terbaik untuk semua orang tapi malangnya mereka semua tidak pernah mengerti... Dan aku pula tidak pernah tahu untuk menyesuaikan diri aku dalam kelompok mereka supaya aku boleh diterima dikalangan mereka...

Sampai ketemu lagi... Semoga semua orang berbahagia selalu...