Paparan Iklan

Wednesday, July 20, 2011

Gagal untuk merancang...

Bertemu kembali,

Pernah dengar ungkapan 'Manusia tidak pernah rancang untuk gagal tetapi sebenarnya manusia itu gagal untuk merancang...' Aku ingin tekankan penulisan kali ini lebih kepada luahan perasaan aku... Mungkin akan menjadi berat sebelah... Sebab pandangan ini disertakan dengan emosi...

Siapa yang tidak emosi apabila segala perancangan yang dirancang gagal? Eh! Tunggu dulu! Aku tidak merujuk ungkapan kat atas tu untuk aku! Tapi untuk seseorang yang memegang jawatan sebagai Ketua  Bahagian Sumber Manusia di syarikat tempat aku bekerja sekarang... Setiap tahun syarikat aku bekerja sekarang ini akan menganjurkan 'Company Trip Event' untuk para pekerja yang ada... Status untuk kehadiran ke perancangan ini adalah wajib bagi setiap pekerja kecuali dengan sebab2 tertentu dan kukuh untuk tidak menyertai perancangan ini... 

Setiap 2 tahun mereka akan membawa pekerja ke luar negara contoh seperti Vietnam, Indonesia, Crabi dan sebagainya... kali ini mereka ingin membawa pekerja ke Vietnam... Seperti tahun2 yang sebelumnya, pengangkutan ke Lapangan Terbang Air Asia dan Malaysia Airlines di sediakan TETAPI tahun ini pada awalnya dikhabarkan pengangkutan tidak akan disediakan... Semasa di bilik mesyuarat, terdapat wakil pekerja yang bersuara tentang permasalahan yang timbul... Alasan yang diberikan oleh ketua ini ialah membazir duit syarikat! Aku mula merasa tidak puas hati... Jika membazir duit syarikat, tidak perlulah menganjurkan percutian ke Vietnam! Bukankah itu lebih menjimatkan duit syarikat?!

Aku tahu tujuan syarikat menganjurkan percutian ini pada setiap tahun (setiap tahun akan ada percutian tetapi setiap 2 tahun ke luar negara) adalah untuk mengelakkan diri dari membayar cukai! Jadi keluarkan sajalah duit tu kenapa masih mahu kononnya nak menjimatkan duit syarikat?! Kalau nak berjimat kena pula bayar cukai! Ah! Sudahlah! Aku bukan B***H... 

Selepas mesyuarat diadakan, ramai pekerja yang tidak berasa puas hati... Pengajur a.k.a Ketua Bahagian Sumber Manusia ini gagal dalam merancang! Maka timbullah semua cerita yang khabarnya, Ketua ini merancang percutian ini dengan secara senyap tanpa perbincangan dengan semua pekerja! Tarikh percutian itu juga dijadualkan mengikut JADUAL KETUA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA ini semata2! Tanpa perbincangan dengan Bahagian2 yang lain... Akibat dari perbuatan Ketua ini, SELURUH Bahagian Kewangan tidak dapat pergi kerana sekarang ini adalah masa untuk mereka menyelesaikan tugasan dan mengemaskini dokumen2 kewangan syarikat!

Syarikat aku bekerja, kewangan dikira dari Julai ke Julai dan bukan dari Disember ke Disember... Banyak lagi perkara yang membuatkan kami semua tidak lagi bersemangat untuk percutian ini... Terlampau banyak kekurangan dari segi kebajikan pekerja semasa di sana! Malah boleh lagi merungut duit syarikat telah banyak dihabiskan untuk percutian ini! Sedangkan Ketua ini yang memilih sendiri destinasi pada tahun ini tanpa perbincangan dengan sesiapa pun! Salah siapa?! Kami atau Ketua Bahagian Sumber Manusia ini?! Kamu fikirkanlah sendiri...

Apa yang membuatkan aku emosi pada tahap maksima pada hari ini ialah secara tiba2 pada tanggal 20hb 7 2011, Ketua Bahagian Sumber Manusia ini membuat pengumuman bahawa pengangkutan disediakan! Kamu semua tahu bila tarikh untuk kami pergi bercuti? Ini tarikhnya! 22hb 7 2011! 'Alah, ada 2 hari lagi... Kira Ok la tu!' Tunggu dulu! Aku belum lagi bagitahu waktu untuk pekerja yang pergi ke penerbangan Air Asia! Kami perlu berada di Lapagan terbang pada pukul 4 PAGI pada 22hb 7 2011 sedang pada 21hb 7 2011 kami masih lagi bekerja sehingga pukul 6 PETANG! Kami tidak perlu tidurkah? Dan baru hari ini 20hb 7 2011 Ketua ini mengumumankan pengangkutan disediakan! Perancangan di akhir2 waktu bukan perancangan yang BAIK! Sewaktu aku menulis artikel ini, tangan aku menggigil dan aku terpaksa menggunakan 'Backspace' banyak kali kerana tersalah taip! Aku bengang!

Aku telah pun menempah pengangkutan untuk aku dan juga rakan sekerja aku dari awal untuk pergi ke lapangan terbang Air Asia... Aku sudah bincang dengan mereka untuk sama2 membayar harga teksi ke sana! Tambahan pula kami memerlukan khidmat teksi pada waktu larut malam! sememang sudah diketahui bayarannya akan menjadi 2 kali ganda dari harga ketika khidmat digunakan siang hari! Semuanya telah pun dirancang dan telahpun disahkan perjanjian antara aku dengan pemandu teksi tersebut! Dan hari ini aku terpaksa meminta maaf kepada pemandu tersebut! Menjatuhkan maruah aku! Semuanya gara2 Ketua ini dengan perancangan yang dirancang mengalahkan kanak2 yang merancang! Aku sedang bengang! Kamu semua fikirkanlah sendiri, kamu tidak bengangkah? Dan apa yang aku tulis pada hari ini hanya lah 50% dari permasalahan yang berlaku! Hanya 50%... Itu belum aku buka cerita tentang makanan HALAL! Lagi 50% aku tidak menceritakan disini... Cukuplah sekadar ini... aku tidak mahu komputer 'keyboard' aku ini rosak semata2 aku menulis dengan perasaan geram!

Aku memang sakit hati! Aku tidak lagi bersemangat dengan percutian ini! Semuanya sampah belaka! Manusia yang gagal merancang! Aku sedikit lega apabila aku telah luahkan semuanya dalam penulisan kali ini...

Sampai bertemu lagi... Aku akan ceritakan apa yang berlaku sepanjang aku disana nanti...

3 comments:

Anonymous said...

hi diya,

org yg tak pandai tu tak bermakna dia tak boleh berjaya. tp org yg pandai tak semestinya akan berjaya. now u see, org bijak pandai yg pegang jawatan tinggi gagal utk merancang. ilmu yg paling berharga ialah belajar drp pengalaman org lain. so skang, kita sama2 blajar spya jgn jd org yg gagal merancang dan gagal ambil hati pekerja2 lain jika kita dah berada di atas satu hari nnti..

from, kak sha =D

ain said...

uikss.. hmm.. all i can say for now is relax, benda dah jadi. tapi yes i understand the pain that it cause. orang kata sakit hati ni tak ada ubat melainkan masa (lainlah memang betul-betul sakit hati macam cancer ke apa ke) satu cadangan (tapi fikir masak-masak sampai hangus sebelum buat), tambah-tambah you're a debater right, is to voice out this problem to the right person. sebab kalau tak cakap masalah takkan selesai. tapi janganlah kau pergi serbu bilik dia maki macam-macam. diplomacy is the key. kena tau bila dan cara nak voice out. kita bukannya orang tak bertamaddun. tu kalau dah betul-betul kritikal la. but for now, better tenang. sebab bila tengah marah, macam-macam boleh berlaku. kita akan berfikir dan bertindak di luar jangkaan. so might as well just let it go.

Butterfly's said...

Terima kasih utk semua sokongan...

sampai2 sana jer dh ada 2 perkara yg membuat aku ni susah hati... tapi nasib baik leh kawal then sumernyer nampak okey la... xde masalah sgt ngan pengurusan masa kat sana... just kesian dgn org yg xdpt pergi.. but the bus yg aku join is the best la sumer org tu... sumer sporting n happening... nasib baik xnaik 1 bus ngn bos... hehehe... well nanti aku buat pos pengalaman kat sana... apa benda yg 2 perkara masa first day sampai tu... stay tune...